Firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud “Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.”Berdasarkan ayat tersebut,setiap apa yang ingin dilakukan hendaklah berdasarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Oleh sebab itu,dalam usaha untuk melakukan amar ma’ruf nahi mungkar kita mestilah mengikut cara-cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang digambarkan melalui sirah.Tugas melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terpikul di bahu Rasulullah sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ .Ketika Rasulullah s.a.w bermunajat di Gua Hira’,baginda didatangi oleh Jibril yang menyuruh baginda membaca Surah Al-Alaq.Baginda berlari balik ke rumah dan meminta isteri kesayangan menyelimutkan baginda yang ketakutan kerana terkejut didatangi oleh satu makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.Selepas itu berlaku penurunan wahyu yang kedua iaitu Surah Al-Muddassir ayat 1-5 yang bermaksud “Wahai orang yang berselimut!Bangunlah ,lalu berilah peringatan !dan agungkanlah Tuhanmu,dan bersihkanlah pakaianmu,dan tinggalkanlah segala perbuatan jahat…”.Maka bermulalah kisah mencabar dalam hidup Rasulullah s.a.w sebagai pesuruh Allah di atas muka bumi ini.
Rasulullah memulakan langkah dengan mendekati golongan bawahan untuk menerangkan kepada mereka bahawasanya bumi ini milik Allah s.w.t.Hanya Allah s.w.t sahaja yang layak disembah .Baginda menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat berkumpul dan menyampaikan ajaran Islam.Umat Islam diajar erti mentauhidkan Allah s.w.t dan tidak mempersekutukanNya dengan mana –mana makhluk.Baginda melakukan perkara tersebut secara sembunyi selama 13 tahun.Pada peringkat awal, baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan bawahan dan kaum kerabat terdekat baginda.Baginda pernah mengumpulkan ahli keluarga baginda di Bukit Safa.Baginda menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka.Pertama sekali baginda bertanya adakah mereka percaya sekiranya Rasulullah s.a.w mengatakan di sana terdapat tentera yang ingin menyerang mereka,mereka menjawab ya.Namun ,apabila Rasulullah meminta mereka mengucapkan kalimah syahadah ,ada di kalangan mereka yang mengecam Rasulullah s.a.w.Antaranya adalah Abu Jahal yang mengatakan “Celaka kau Ya Muhammad.Adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami semua?”.Daripada kisah ini dapat kita simpulkan bahawa usaha untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran sangatlah susah sehinnga seorang bapa saudara sanggup memanggil anak saudaranya dengan gelaran “celaka” walaupun anak saudaranya itu pernah diberi gelaran Al-Amin oleh penduduk Mekah.Rasulullah semakin dikecam hebat dari hari ke hari apabila penduduk Mekah bimbang ajaran Islam yang bertujuan menjadikan manusia sebagai makhluk yang mengEsakan Allah s.w.t ini akan mengubah cara hidup jahiliyah mereka yang penuh dengan maksiat,kezaliman dan penindasan.Namun,Rasulullah s.a.w selaku manusia terpilih tidak pernah berputus asa dan bersemangat melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.Baginda sentiasa memohon bantuan Allah s.w.t semoga usaha baginda menyampaikan kebenaran Islam menjadi satu amal yang diterima oleh Allah s.w.t.Pada masa khutbah terakhir baginda yang disampaikan semasa haji wida’ baginda meminta supaya manusia yang hadir pada hari tersebut menjadi saksi bahawasanya baginda telah menyampaikan amanah Allah supaya menyeru manusia ke arah kebenaran dan menghindarkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
Dalam usaha mengajak manusia untuk hidup di atas jalan kebenaran Islam,Rasulullah telah menunjukkan beberapa pendekatan yang boleh dijadikan panduan kepada para pendakwah yang berusaha meneruskan usaha baginda untuk mengajak manusia ke arah jalan kebenaran.Salah satu aspek yang baginda titik beratkan ialah ar-rifqi iaitu kelembutan.Kebanyakan manusia lebih mudah menerima nasihat yang lemah-lembut berbanding dengan teguran secara kasar.Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 159”Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah –lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka,dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudiaan apabila engkau telah membulatkan tekad ,maka bertawakallah kepada Allah .“Sifat baginda yang lemah-lembut dalam menyampaikan dakwah dapat dilihat daripada kisah baginda dengan seorang pemuda yang ingin melakukan zina.Abu Umamah seorang sahabat baginda menceritakan kisah tersebut. “Sesungguhnya ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, izinkanlah aku untuk berbuat zina’. Lalu ada sekelompok orang yang mendatangi dan menegurnya, ‘Diam… Diam…!!’ Lalu beliau bersabda (kepada para sahabat beliau), ‘Dekatkan ia kepadaku.’ Lalu ia pun mendekati beliau. Setelah ia duduk, beliau bertanya, ‘Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai ibumu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu’. Beliau bersabda, ‘Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai ibunya’. Beliau bertanya lagi, ‘Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai puterimu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu’. Beliau bersabda, ‘Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai puterinya’. Beliau bertanya lagi, ‘Apakah kamu senang apabila ada orang menzinai saudarimu?’ Ia menjawab, ‘Tidak, Demi Allah. Semoga Allah menjadikan aku tebusan bagimu’. Beliau bersabda, ‘Manusia pun tidak senang apabila ada orang menzinai saudarinya…’ Lalu beliau meletakkan tangannya kepada pemuda tadi sambil berdoa, ‘Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya dan jagalah kemaluannya’. Setelah peristiwa itu, pemuda tadi tidak berfikir untuk berbuat zina lagi’. (HR. Ahmad)
Berdasarkan cerita tersebut,dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah tidak memaksa dalam usaha mengajak manusia melaksanakan syariat Allah s.w.t.Malah menggunakan pendekatan psikologi yang mampu menyedarkan pemuda tersebut sehingga pemuda tersebut insaf dan secara sukarela meninggalkan niat buruknya untuk berzina.
Salah satu aspek lain yang diguna pakai oleh Rasulullah s.a.w dalam usaha baginda untuk mengajak manusia ke arah kebenaran Islam ialah dengan menunjukkan sikap yang baik .Dalam erti kata lain baginda berakhlak mulia dalam pergaulan sesama masyarakat.Dalam sebuah kisah diriwayatkan baginda telah dimaki hamun dan diganggu oleh seorang Yahudi kerana benci dengan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda.Setiap kali baginda melintasi kawasan rumah Yahudi tersebut,baginda akan dicurah dengan sampah dan benda-benda kotor yang lain.Namun,pada suatu hari,seperti biasa baginda melintas di kawasan rumah Yahudi tersebut,namun tidak ada apa-apa yang berlaku.Baginda berasa pelik dengan keadaan tersebut dan tertanya-tanya ke mana perginya Yahudi tersebut.Akhirnya,baginda mendapat berita bahawa Yahudi tersebut jatuh sakit.Baginda terkejut dan pergi menziarahi Yahudi tersebut.Baginda menunjukkan rasa prihatin terhadap Yahudi tersebut walaupun Yahudi tersebut berkali-kali melakukan perbuatan buruk terhadap baginda.Baginda tidak pernah menyimpan perasaan dendam pada Yahudi tersebut malah melayan Yahudi tersebut dengan baik ketika sakit.Disebabkan keluhuran akhlak Rasulullah,Yahudi yang pada awalnya memusuhi Islam,telah terbuka pintu hatinya untuk mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah,dan Muhammad adalah pesuruh Allah.Keluhuran budi pekerti Rasulullah s.a.w telah diperakui oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan sesungguhnya kamu(wahai Muhammad )benar-benar berakhlak yang agong.”
Selain itu Rasulullah s.a.w juga menunjukkan sikap al-ibti’adu anidzdzammi wattaa’aatubi yang bermaksud menjauhkan sikap agresif yang cenderung mencela,memperlekeh dan mencela orang lain.Dakwah tidak dibangunkan atas dasar mencela dan mengkritik orang lain.Malah tugas mulia ini dibangunkan berlandaskan tiga prinsip iaitu Tanashuh(menjaga),Taghafur(memaafkan) dan Al-irsyad bi husna(membimbing dengan cara-cara yang baik). Dalam sebuah riwayat dikisahkan sebagai berikut: Pada suatu hari, datanglah seorang arab badwi kepada Rasulullah saw untuk meminta sesuatu. Beliau memberi apa yang dimintanya sambil bertanya: “ Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu?” Orang tersebut menjawab: “ Tidak! Engkau tidak berbuat baik.” Mendengar jawaban tersebut,kaum muslimin yang hadir bangkit hendak memukulnya. Tetapi mereka segera ditegah oleh Rasulullah. Beliau kemudian berdiri, dan masuk ke dalam rumahnya, lalu memberi tambahan kepada orang badwi tersebut seraya berkata: “Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu?” Orang badwi itu menyahut: “ Ya, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga”. Kepada orang badwi tersebut Rasulullah berkata: “ Engkau tadi telah mengucapkan sesuatu yang membuat para sahabatku merasa tersinggung. Jika engkau mahu, ucapkanlah kembali apa yang engkau katakan kepadaku sekarang ini di hadapan mereka, agar kejengkelan mereka kepada dirimu lenyap dari dadanya.” Keesokan harinya badwi tersebut datang lagi. Kepada para sahabat baginda berkata, ”Orang Arab badwi ini kelmarin berkata sebagaimana yang telah kalian dengar,kemudian kuberikan kepadanya, dan sekarang ia merasa puas, bukankah demikian hai Arab badwi? “ Orang Arab badwi tersebut menyahut: “Ya benar, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga.” Setelah itu, Rasululah menambahkan: “Aku dan dia ibarat seorang yang mempunyai seekor unta yang lepas dan lari bertebaran. Ramai orang mengejarnya, tetapi semakin dikejar, unta itu semakin jauh. Pemilik unta kemudian berteriak-teriak kepada orang-orang yang membantu mengejar untanya: “ Biarkan saja untaku itu! Aku dapat menjinakkan dia kerana aku lebih mengenalnya daripada kalian!” Ia lalu mendekati untanya, diambilnya rumput dari tanah dan diagah-agahkannya kepada unta itu sehingga unta itu kembali. Unta itu disuruh berjongkok, lalu ia duduk di atas punggungnya. Kemudian baginda berkata kepada para sahabatnya, “Jika kelmarin kalian kubiarkan bertindak terhadap orang badwi itu kerana ia mengucapkan perkataan yang tidak enak didengar, lantas dia kalian bunuh, dia tentu masuk neraka…”Demikianlah sikap dan contoh tauladan terbaik daripada Rasulullah s.a.w.Oleh sebab itu para pendakwah yang ada pada masa sekarang perlu lebih bijak dalam usaha menegakkan hokum Allah,jangan sampai manusia jauh dari Islam disebabkan sikap pendakwah yang berlebihan dalam menyampaikan dakwah.