salam ramadhan pada semua.agak2 apa kamu punya matlamat ramadhan tahun ini.cuba fikir2 kn dan laksanakan.Bulan ramadhan adalh bulan yang diberkati .jom sama2 tmbhkan amal supaya tk jd manusia yg menyesal.tk masuk dlm golongan yg minta dgn Allah nk blk ke dunia sekejap.nk tmbah amal.skg ni kita semua kt dunia.dunia yg memang Allah cipta utk kita.marilah kita sama2 gunakan kesempatan yg ada untuk beramal.
hari khamis minggu lepas,time muzakarah,kawan2 meluahkan rasa serba salah.serba salah nk buat baik kt rumah.cth pakai stokin,ad yg kena ejek dgn adik,ada yg kena tegur dgn akak.serba salah jadinya.satu je saya blh ckp.buat baik selagi ad peluang.kamu lebih tahu masalah kamu dan kamu kena bijak membaca situasi.yg penting kamu adalah kamu yg diciptakan oleh Allah untuk beribadat kpdNya.
ok.setakat ni je.salam ramadhan .moga tahun ini lebih baik drpd sebelumnya.
Saturday, August 22, 2009
Wednesday, August 19, 2009
bila tiba masanya........
post kali ini saya tulis sebaik sahaja mendapat berita kematian seorang jiran yg dikira rapat juga dgn saya.selalu nasihat suruh saya belaja betul2.tpi yang terkilan nya sebelum balik ke shah alam after cuti yg lepas saya tk sempat berjumpa dan bersalam dengannya.(biasanya sebelum balik ke shah alam saya akan bersalam dengannya.)moga2 rohnya ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.marilah kita sama2 menyedekahkan bacaan al-fatihah.
sejak akhir2 ni banyak kisah2 kematian yg saya terima.beberapa minggu yg lalu seorang sahabat yang sebaya dan pernah sama2 menuntut ilmu dengan saya meninggal,hari ni pula jiran saya meninggal.Ya Allah .bila agaknya masa saya.sudah bersediakah saya untuk masuk ke dalam kubur berseorangan dahla kalu duduk tempat gelap2 sorang pun takut.Ya Allah .amalan tak cukup.dosa pun banyak.mcm mne ni.
post kali ni.saya nk minta maaf kt semua.kalu ad salah n silap saya pada kamu semua.hutang blh bgtau family saya.insyaAllah.ma n abah saya tolong bayarkan. nanti kalau saya dah tk de,tolong doakan saya ek.saya tahu saya bukannya org yg baik,tpi tolonglah,saya tak sanggup masuk neraka.tolong saya.
Ya Allah,biarlah hari2 yg akan hambaMu lalui selepas ini adalah hari2 yg diredhaiMu.hambaMu dah tk de banyak masa untuk beramal.saat nya akan tiba jua untuk hambaMu ini menghadap Mu ya Allah.
P/s:marilah sama2 muhasabah diri dan tingkatkan amal suapaya ada bekalan menghadap Pencipta kita

Monday, August 17, 2009
Saya sedey..
hari ni ad subjek baru kena belajar..japan economy dan juga power.tapi yg sedeynya sya tk faham pun apa yg sensei ajar.rse mcm nk tutup buku dan keluar je,tp teringt kta2 seorg akak mase g stu program.kita ni adlah pejuang Allah yg berjuang dgn pen dan kertas.jdi seorg pejuang tk kan lah pergi kelas tidur.kata belajar kerana Allah,kalu dh pergi kelas tidur nampak sangat niat tak betul ni.ish teruknya perangai.walaupun terngiang2 suara akak tu,tpi mata tk leh thn ngantuk dan terlelap.tpi tak x sengaja.nk juga bg alasan.
lumrah manusia la banyak alasan ni.disebbkn sikap ni la ramai manusia masuk neraka.bila Allah perintahkan suruh bayar zakat bgi alasan takut miskin.bila Allah suruh solat,cakap x larat.ni lah perangai manusia.jadi mulai sekarang kamu jangan bg banyak alasan tpi bg banyak penyelesain.
masa solat isyak macam2 benda saya fikir.keluarga, diri sendiri.kawan2.banyak nye dosa saya pad org d sekeliling.banyaknya tanggunjawab yg x terlaksana.mcm mne ni ya Allah hanya Engkau sahaja yg mampu tolong hamba Mu ini.masa solat tu,dh tk blh thn dah.nangis juga.
rasa bersalah,mcm2 benda sedey pk.
lepas solat tu g ut ad hal c kit.tk thu la kalu ad yg perasan mata sya bengkak c kit.tpi tu la.rse sedey tpi tk thu sebab sebenarnya apa.after settle hal kt uti,blk umah.Nasib baik Allah bg saya kawan2 yg mampu ceriakan keadaan.hilang la c kit rse sedey tu.kena kacau dgn diorg tu perkara biasa.walaupun saya buat2 tk suka.tu saje je.nk buat diorg rse bersalah.sebenarnya saya sayang semua housemate saya.tk kesah org nk ckp ape.
bagus juga Allah bg saya sedey ni.supaya saya ingat kat Dia.Alhamdulillah.

Friday, August 14, 2009
terima kasih sensei dan TA
hari ni hari Jumaat..penghulu hari..
semalam kita mendapat berita kematian Ustaz Asri...hilang seorang tokoh dalam bidang dakwah..moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman yang dikasihi Allah.Hari ni ada test denki kiki(electrical machine).Subjek ni susah tapi pada sape yang berminat tak jadi masalah.Semalam saya dan teman-teman serumah menkuarantinkan sekejap laptop supaya dapat menumpukan perhatian untuk membuat ulangkaji subjek ni.Alhmadulillah Allah bagi kekuatan untuk study sampai 12 lebih.Biasanya saya tak sekuat ni untuk tahan diri daripada tidur.
Pagi ni kebanyakan student JAD yang suka naik bas last untuk ke UNISEL diuji.Bas pada hari ini mengalami sedikit masalah kerana tak muat dan juga lambat tiba.Habis mood test.Kebanyakan pelajar mula menujukkan muka tak berpuas hati apabila kami terpaksa menunggu bas.Memang rasa nak marah tapi ni la masanya nak praktikkan hadith yang diajar oleh Mak Cik Min.La taghdob(jangan marah).Marah ni tak sesuai dengan jiwa orang Islam.Sifat marah ni sangat buruk dan boleh merosakkan imej.
Apa yang saya boleh cakap.Tak semuanya yang kita rancang terjadi ikut yang kita rancang.Jadi,bersedia dalam apa keadaan sekalipun.lagi ,jangan cepat marah dan banyak-banyakkanlah bersabar.
"Wahai oran-orang yang beriman.Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.SUNGGUH ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR"(2:53)
Jadi,takkan kamu tak nak Allah bersama-sama dengan kamu.Mesti kamu nak kan.Jadi bersabarlah.
Ok.tadi kisah bas.Disebabkan bas lambat sampai tak sempat nak breakfast.Yang pelik nya tak lapar pun.Haha ni la kuasa Allah .Nak tolong hamba Dia.Bayangkan kalau time exam tu lapar.Tak ke masalahnya jadinya.Alhamdulillah.dapat juga jawab exam walaupun perut kosong.
Habis je exam.sensei bagi rest kejap and then sambung balik jyugyou .Dalam hati exam dah habis buat ape nak belajar.haha.ni la namanya kalau belajar tak ikhlas habis exam tak nak.Kamu jangan tiru saya ya.hehe.Hidup ni buat ape-ape pun kena ikhlaskan diri.Kalu tak rugi.....lunch tadi makan dengan Tanaka sensei.Dengan Ain sekali.Terima kasih sebab nak belanja tapi maaf sensei kitorang rasa bersalah dan terpaksa tolak.
Last sekali terima kasih kat sensei dan TA (Tanabe kun) sebab ajar kitorang 2 minggu ni.sayonara

Best Baca La...
Di antara Dua RasaManusia mempunyai roh. Roh itu dinamakan juga jiwa atau hati. Hati ialah untuk merasa. Maka dengan hati, manusia mengalami berbagai-bagai rasa dan manusia merasakan berbagai-bagai perkara.
Di antara banyak rasa-rasa yang timbul di hati manusia termasuklah rasa sombong, angkuh, tinggi diri, rasa mulia, hebat, berkuasa, baik, pandai, rasa tidak bersalah, rasa kuat, rasa bangga dengan keturunan, kekayaan, pangkat dan nama, rasa tidak berdosa, rasa tidak apa-apa dengan Tuhan, rasa tidak apa-apa dengan mati, rasa tidak apa-apa dengan Neraka, rasa akan masuk Syurga dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa ketuanan.
Ada pula rasa rendah diri, rasa lemah, rasa hina, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cemas, rasa takut dan rasa bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, rasa dhaif, rasa jahil, rasa tidak mampu, rasa bergantung harap dengan Tuhan dan sebagainya. Semua ini dinamakan rasa-rasa kehambaan.
Dalam pada itu, apa yang dapat kita lihat, orang yang merasakan dirinya mulia tidak semestinya mulia. Yang merasakan dirinya hebat, tidak semestinya hebat. Yang merasa dirinya baik, tidak semestinya baik, yang merasakan dirinya pandai, tidak semestinya pandai. Orang yang merasakan dirinya tidak berdosa pula, bergelumang dengan dosa, pagi, petang, siang dan malam. Sembahyang pun tidak.
Kita lihat pula orang yang merasakan dirinya hina, sangat dihormati dan disayangi oleh manusia. Akhlaknya mulia dan disenangi orang. Yang merasakan dirinya lemah, telah banyak mencetuskan berbagai pembangunan dan kejayaan. Yang merasakan dirinya berdosa, sangat taat dengan Allah dan patuh dengan kehendak agama. Yang merasakan tidak berilmu telah banyak mengajar dan mendidik orang. Banyak pula buku-buku yang ditulisnya.
Jelas pada kita bahawa rasa-rasa yang timbul di hati manusia hanyalah semata-mata rasa-rasa sahaja yang tidak semestinya ada kaitan dengan realiti sebenar orang yang berkenaan. Apa yang dirasakan tidak semestinya mencerminkan perbuatan, sifat, keadaan sebenar dan amalan lahir orang tersebut. Orang yang merasakan dirinya baik mungkin jahat dan orang yang merasakan dirinya jahat mungkin baik. Orang yang merasakan dirinya pemurah mungkin bakhil dan yang merasakan dirinya bakhil mungkin pemurah. Orang yang merasakan dirinya ikhlas mungkin berkepentingan dan yang merasakan dirinya berkepentingan mungkin ikhlas.
Sesiapa yang merasakan dirinya baik, hakikatnya dia jahat kerana telah menganggap dirinya mulia dan dengan itu telah melakukan dosa batin atau dosa hati, walaupun dalam hidupnya dia memang baik. Lagi-lagilah kalau dalam hidupnya dia jahat. Siapa yang merasakan dirinya tidak berdosa sudah melakukan dosa kerana merasakan diri tidak berdosa itu ialah satu dosa, walaupun dia tidak membuat dosa dalam hidupnya. Lagi-lagilah kalau dia memang membuat dosa. Siapa yang merasakan dirinya mulia hakikatnya hina dan telah melakukan dosa kerana merasakan diri mulia itu ialah juga satu dosa. Siapa yang merasa dirinya ikhlas sebenarnya tidak ikhlas dan merasakan diri ikhlas itu satu sifat mazmumah.
Begitulah seterusnya. Segala rasa-rasa ketuanan yang bersarang di hati seperti rasa sombong, angkuh, tinggi diri, hebat, pandai, rasa tidak berdosa, tidak bersalah, tidak cemas, tidak takut atau tidak bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka, itu semua boleh mendatangkan dosa. Dosa batin atau dosa hati namanya. Rasa-rasa ini menggelapkan hati, menyuburkan mazmumah dan menjauhkan kita dari Tuhan. Orang yang mengekalkan rasa-rasa ketuanan seperti ini sebenarnya telah melakukan syirik khafi (syirik kecil) kerana mahu berkongsi sifat dengan sifat-sifat kemuliaan Tuhan.
Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwajibkan mengekalkan rasa-rasa hamba di hati kita. Justeru itu, buatlah segala kebaikan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat. Elaklah dari membuat dosa tetapi rasakanlah di hati yang kita ini terlalu banyak dosa. Jangan berbuat jahat dan kesalahan tetapi rasakanlah yang kita ini jahat dan bersalah. Rasakanlah diri kita ini hina walaupun kita dimuliakan manusia. Rasakanlah kita ini jahil walaupun kita ada ilmu.
Walaupun kita digalakkan mengikut sesetengah sifat Tuhan seperti pemurah, pemaaf, penyantun, pengasih, penyayang dan lain-lain lagi tetapi kita ditegah merasakan yang diri kita pemurah, pemaaf, pengasih dan sebagainya. Apa yang kita amalkan secara lahir itu lain tetapi apa yang kita rasakan di hati itu lain pula.
Akhlak itu ada dua. Ada akhlak lahir dan ada akhlak batin atau hati. Pemurahlah dengan manusia tetapi di sisi Allah rasakan yang kita ini bakhil. Berbuat baiklah kepada manusia tetapi rasakan yang kita ini jahat. Carilah ilmu hingga jadi alim tetapi rasakan yang kita ini jahil. Biarkanlah manusia memuliakan kita tapi rasakanlah dalam hati kita yang kita ini hina di sisi Tuhan. Kekalkan rasa takut, cemas dan bimbang dengan Tuhan, dengan mati dan dengan Neraka walaupun kita telah bertungkus-lumus melakukan taat kepada Tuhan.Siapa yang merasakan dirinya hina, adalah mulia di sisi Tuhan.
Siapa yang merasakan dirinya berdosa, diampunkan dosanya oleh Tuhan. Siapa yang rasa bersalah, dimaafkan oleh Tuhan. Siapa yang rasa jahil sebenarnya berilmu kerana natijah orang yang alim itu, dia merasakan dirinya jahil di sisi Tuhan. Dan begitulah seterusnya jongkang jongkit di antara amalan lahir dan amalan hati. Perbuatan lahir mesti positif. Rasa di hati mesti negatif. Dalam amalan hati, yang negatif itulah sebenarnya positif. Itulah akhlak namanya.
Selamat Mendalami Ilmu Zouq (Ilmu Rasa)
P/s;Terima Kasih pada penulis artikel ni
masa baca artikel ni rasa sebiji kena kat diri sendiri.takut juga amal yang dilakukan tak dapat ganjaran pahala dari Allah dek kerana terselit niat-niat yang menyimpang selain daripada kerana Allah.Saya menyeru kepada diri sendiri dan anda semua sama-samalah memperbaharui niat kita dalam beramal kepada Allah.

Iktikaf
Seorang komando yang pemberani ,di hutan , di laut , di udara atau di kalangan manusia atau jin dan hantu sekalipun, belum tentu ia seorang pemberani di dalam kubur nanti. Kalau seseorang menyuruh anda beriktikaf di dalam sebuah masjid pukul 3.00 pagi seorang diri , apa reaksi anda ? Biasanya ramai yang curiga.Percayalah jika jawapannya tidak sanggup, bererti anda juga tidak sanggup untuk tinggal di dalam kubur bersendirian.
Kenyataan di atas mengingatkan penulis kepada satu lawatan penulis ke Bandar Kelang satu ketika dulu. Penulis bertolak ke Kelang dengan bas ekspres dan sampai sekitar 4.30 pagi, masih awal sebelum Subuh. Penulis ke Kelang dengan hajat menziarahi anak yang belajar di Kolej Islam Kelang. Sesampai di stesyen bas , penulis ditanya pemandu teksi, hendak kemana. Kata penulis, hantarkan saya ke Masjid depan Kolej Islam Kelang. Penulis berhajat untuk beriktiqaf sementara menunggu subuh, kemundian apabila cerah , boleh terus berjalan ke Kolej Islam Kelang, hanya di seberang Jalan. Penulis terkejut dengan jawapan pemandu teksi tersebut, katanya lebih baik saudara tunggu di sini hingga subuh baru ke sana!Mengapa? Tempat itu keras ! Demikian katanya.Apakah penyelesaian masalah di atas ? Islam memberi satu jalan penyelsaian iaitu IKTIKAF.
Iktiqaf adalah satu latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata, meninggalkan segala urusan dunia, tidak takut melainkan kan kepada Allah. Dengan beriktikaf ,akan meletakkan diri berqulwah , bersunyi-sunyi hanya dengan Allah. Diputuskan segala perhubungan dengan makhluk. Jadilah zikirnya kepada Allah dalam keadaan hatinya tulus kepada Allah semata-mata.Apabila hati seseorang itu telah bersih, telah elok sebagai Islam, dan dia melakukan apa yang diperintah Allah dengan penuh istiqamah , maka iktiqaf akan berlaku dari segi jasad, roh dan pada masa yang sama hatinya juga beriktikaf untuk Allah. Semuanya untuk mencapai redza Allah. Maka pada masa itu Allah lah yang paling utama. Allah lah yang akan menemaninya , tidak gentar ia akan segala makhluk. Ini adalah satu persiapan diri untuk mencapai kenikmatan dalam kubur bersama Allah.Ketika Nabi Ibrahim a.s berjaya menunaikan beberapa perintah Tuhan, termasuk di antaranya mendirikan Baitullah (Kaabah) bersama puteranya, Ismail- Tuhan lalu memerintahkan kepada kedua-duanya agar tetap menyucikan rumah Allah tersebut bagi melaksanakana tiga kegiatan ibadah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"Dan (ingatlah) ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam (tempat berdiri) Ibrahim sebagai tempat solat. Dan kami telah membuat janji dengan Ibrahim dan Ismail agar menyucikan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk, dan yang sujud." (al-Baqarah: 125)Wahbah az-Zuhaili, guru besar fiqh Universiti Damsyik merumuskan bahawa yang menjadi tujuan iktikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.
Oleh hal yang demikian itu, dianjurkan iktikaf dilakukan dalam keadaan berpuasa, bagi mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t.Iktiqaf adalah satu latihan paling baik untuk menghilangkan kegusaran, ketakutan, kegentaran menghadapi mati menuju alam kubur. Demikian kesimpulan dan iktibar mengikuti kuliah mengenai Iktikaf.Makna `ItikafIa bermaksud menetap pada satu tempat (terutamanya masjid) sama ada panjang atau pendek tempoh yang dilakukannya.Hukum `ItikafPara ulama' bersepakat bahawa `itikaf hukumnya adalah sunat yang tidak boleh dipaksakan orang lain melakukannya, melainkan ia menjadi hukum nazar yang mesti dilakukan oleh orang yang bernazar.Pahala ber'itikafSabda Rasulullah seperti yang difirmankan Allah dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud : Apa sahaja yang dilakukan oleh hamba-Ku bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnat hingga Aku menyukainya, apabila Aku menyukainya maka Akulah yang akan menjadi pendengaran apa yang didengarnya, menjadi penglihatan apa yang dilihatnya, tangannya bertindak sesuatu apa yang sepatutnya dilakukan, kakinya melangkah pada apa yang sepatutnya dilakukan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya. (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari 6502).Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Sesiapa yang ber'itikaf dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, sesungguhnya dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah. (Hadis riwayat ad-Dailami daripada Aishah r.a).Rujukan :Kuliah Magrib : Iktikaf Oleh Ustaz Ya Ali DahamanIktikaf dan persoalannya oleh Ustaz Zainudin HashimSemarakkan amalan Iktikaf oleh Mohd Shauki Abd MajidSumber :
http://aburedza. wordpress. com/2009/ 05/10/iktiqaf- satu-latihan- bersunyian- menuju-alam- kubur/"p/s: utk daurah Fiqh di Masjid Ubudiyah...preparat ion before al-subuh..just idealisme..hoho. .
__._,_.___

Wednesday, August 12, 2009
ISA
Salam.Ini pula tulisan Ust. Lokmanulhakim berkaitan ISA.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Menurut Siasah Syar’iyyahby Abu Umairhttp://abuumair1. wordpress. comBismillah.
Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.PENDAHULUANSejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?Atau mungkinkah penggunaan ISA pada asasnya diizinkan syarak, cuma perlaksanaannya mestilah dengan cara yang hak dan tidak menzalimi tahanan?
KONSEP PENAHANAN DALAM ISLAMDalam ilmu Qadha’ dan Politik Islam dibicarakan mengenai hukuman penahanan, atau penjara. Perlaksanaan penahanan atau penjara secara dasar diharuskan dalam Islam. Bahkan ulama bersepakat tentang fakta ini, berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Sunnah.Penahanan seseorang individu oleh pihak berkuasa tidak semestinya disebabkan kesabitan jenayah oleh Mahkamah. Ada juga penahanan individu kerana langkah berwaspada demi menjaga maslahah umum dan mengelakkan keburukan.
Oleh itu, sarjana Islam membahagikan motif penahanan kepada dua kategori:
Pertama: Penahanan Untuk Hukuman
Kedua: Penahanan Untuk Waspada
PENAHANAN UNTUK HUKUMANPenahanan hukuman ialah perlaksanaan penjara terhadap individu yang sudah sabit kesalahannya di mahkamah. Ia biasanya berkuatkuasa selepas mahkamah mensabitkan kesalahan seseorang individu dan menjatuhkan hukuman takzir penjara terhadapnya. Motif tahanan jenis ini ialah sebagai hukuman atau balasan kesalahannya supaya diambil pengajaran oleh dirinya dan masyarakat secara amnya.
PENAHANAN UNTUK WASPADAPenahanan untuk waspada pula ialah penahanan terhadap individu yang belum disabitkan kesalahannya di mahkamah. Tetapi disebabkan maslahah, dia perlu ditahan sementara waktu.Penahanan jenis ini dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Antaranya penahanan individu yang ditohmah melakukan kesalahan. Ia dikenali dengan tahanan reman. Tahanan reman bertujuan agar siasatan dapat dilakukan terhadap suspek secara menyeluruh.Sungguhpun tahanan reman adalah tahanan terhadap individu sebelum dibicarakan di mahkamah, ia dibenarkan oleh syarak. Kerana tahanan jenis ini bermotifkan maslahah yang kuat, iaitu menjalankan soal siasat terhadap suspek.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang Yahudi yang dituduh membunuh seorang wanita dengan cara memecahkan kepalanya menggunakan batu. Selepas diambil pengakuan daripadanya, barulah dijatuhkan hukuman qisas terhadapnya. Peristiwa ini boleh dijadikan dalil bahawa perintah tahanan reman ada sandaran daripada syarak.
Antara jenis penahanan untuk waspada juga ialah penahanan individu yang dipercayai membawa ancaman kepada keselamatan awam atau keamanan negara. Biarpun individu itu tidak boleh didakwa di mahkamah, tetapi kewujudannya di tengah-tengah masyarakat boleh membawa mudarat terhadap orang awam dan keselamatan.Jika pemerintah berpendapat bahawa seseorang individu memberi ancaman keselamatan, tetapi tidak ada bukti untuk ditohmah, maka pemerintah boleh menahannya sementara waktu sehingga ke satu tempoh yang sesuai.Dalilnya, kisah Abu Sufian yang menghantar seorang lelaki ke Madinah untuk membunuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Taala telah mengkhabarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang perancangan lelaki tersebut. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengeluarkan arahan supaya dia ditangkap. Apabila ditangkap, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia mahu melakukan pembunuhan kerana dia sudah awal-awal lagi menyembunyikan senjatanya. Pun begitu demi kemaslahatan, baginda mengarahkan supaya lelaki ini ditahan di rumah seorang sahabat, Usaid bin Hudhair.
Kisah ini menunjukkan harus bagi pemerintah mengeluarkan arahan tahanan terhadap seseorang yang dilihat membahayakan keselamatan, sekalipun dia belum melakukan jenayah apatah lagi untuk dibicarakan di mahkamah. Penahanan orang seperti ini adalah berasaskan kepercayaan pemerintah bahawa kewujudannya di tengah-tengah masyarakat membawa bahaya.Tetapi tempoh penahanan mestilah sekadar keperluan dan tidak dilakukan penganiayaan terhadap tahanan.
Ulama menyebut antara bentuk penahanan tanpa kesabitan kesalahan ialah jika berlaku pemberontakan oleh satu-satu kumpulan, kerajaan boleh menahan anak isteri para pemberontak buat sementara waktu supaya mereka tidak terpengaruh dan bersama-sama mengikut jejak pemberontak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun, tetapi demi maslahah yang lebih besar mereka ditahan.Maka difahami bahawa keizinan dikuatkuasakan penahanan tanpa bicara mahkamah, adalah kerana maslahah umum. Oleh itu pihak yang berhak mengeluarkan arahan ini ialah Ketua Negara.
AKTA ISA DARI SUDUT SYARAK
Berbalik kepada akta yang termaktub dalam perlembagaan negara kita. Bagi saya, akta ISA termasuk dalam kategori penahanan untuk waspada. Penahanan jenis ini di dalam siasah syar’iyyah adalah di bawah bidang kuasa pemerintah. Maka ia diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri.Agak kurang tepat orang yang berpendapat ia langsung tidak ada dalam Islam atau bercanggah dengan Quran dan Sunnah.Cuma dari sudut perlaksanaan akta ini di negara kita, didapati ia tidak menepati syarat dan etika yang digariskan dalam siasah syar’iyyah. Berikut adalah contohnya:1. Syarak membenarkan penahanan untuk waspada dalam kes-kes yang memberi ancaman kepada keselamatan, atau keamanan samada individu tertentu atau masyarakat. Tetapi apa yang berlaku hari ini, mereka yang tidak membahayakan keselamatan pun turut menjadi mangsa.
Dibimbangi akta ini hanya menjadi benteng politik pemerintah.
2. Tempoh penahanan yang dibenarkan syarak bagi penahanan untuk waspada ialah sekadar keperluan, kerana ia bukan satu bentuk hukuman. Maka, memanjangkan tempoh penahanan ISA sehingga 2 tahun atau lebih adalah tidak wajar.
3. Layanan yang sepatutnya diberikan kepada tahanan jenis ini tidak boleh disamakan dengan layanan banduan-banduan di penjara. Mereka yang dipenjara kerana sabit kesalahan boleh dilayan dengan sedikit kekerasan. Tetapi tahanan untuk waspada wajib dilayan sebagai seorang Muslim yang tidak bersalah. Apa yang diceritakan oleh bekas-bekas tahanan ISA, seolah-olah layanan terhadap mereka lebih teruk daripada layanan banduan yang merompak dan merogol.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, -Wallahu A’lam- penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam Islam dalam kes-kes tertentu. Peruntukan ini adalah bagi memelihara keselamatan awam. Tetapi hanya dalam lingkungan yang sangat sempit. Ia tidak wajar dijadikan senjata pemerintah untuk menjamin survival politik diri sendiri. Tempoh penahanan juga mesti dihadkan sekadar keperluan. Layanan kepada tahanan hendaklah secara ukhuwwah dan berperikemanusiaan, bukan dilayan sebagai banduan. Jangan sampai menzalimi tahanan dan keluarga mereka tanpa sabitan kesalahan. Jika Kerajaan berpendapat akta ini masih relevan untuk diamalkan, ia perlu kepada penambahbaikan dan kemaskini agar bertepatan dengan siasah Islamiyyah.
Wallahu A’lam.Madinah, KSA. 19 Mei 2008 bersamaan 14 Jumada al-Awal 1429.

Demo..boleh ke tak
Salam.Satu penilaian yang adil tulisan Ust. Lokmanulhakim Hussain, lulusan Universiti Islam Madinah.Moga bermanfaat.
Demonstrasi: Sertailah Jika…..by Abu Umairhttp://abuumair1. wordpress. com/Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai.
Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.Jadi, tinjauan terhadap hukum demonstrasi mestilah mengambil kira ia sebagai satu wasilah. Jangan memandang demonstrasi secara pendek, lalu menyimpulkan begini: “Demonstrasi tidak pernah dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apa yang tidak dilakukan oleh baginda adalah bidaah. Natijahnya demonstrasi dihukum sebagai bidaah”. Kaedah ‘bidaah’ tidak tepat diaplikasikan dalam isu demonstrasi. Untuk penjelasan perkara ini, boleh ditinjau definisi bidaah yang diungkapkan oleh sarjana Islam, Al-Syatibiy. Iaitu: Bidaah ialah satu cara yang direka-reka dalam agama, menyerupai syariat, tujuan dilakukannya untuk membuat suatu yang extra dalam beribadah kepada Allah Subhanahu Wataala.
Hukum demonstrasi mesti mengambil kira ia sebagai WASILAH. Dan wasilah untuk mencapai sesuatu objektif bukanlah berbentuk tabbudiy atau tauqifiy. Dengan kata lain, Syarak tidak menghadkan cara dan kaedah khusus untuk mencapainya. Ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.Cukuplah untuk mengatakan harus demonstrasi hanya dengan hujah bahawa tidak ada dalil dari Quran dan Sunnah yang mengharamkan berkumpul dan berarak untuk meyuarakan pandangan.
Namun terdapat dua perkara yang mesti diambil kira.
1) Apakah objektif diadakan demonstrasi?
2) Apakah demonstrasi mengandungi unsur haram?
Objektif Penganjuran DemonstrasiSecara prinsipnya, terdapat kaedah yang masyhur iaitu “Wasilah mendapat hukum maqasid (objektif)”. Mana-mana perbuatan yang menjurus kepada suatu yang haram, maka ia menjadi haram, sekali pun perbuatan itu pada awalnya tidak haram.
Contohnya, membeli dan menjual parang tidak dilarang oleh Islam. Tetapi jika pembelian itu bermotifkan jenayah rompakan sebagai contoh, maka penjualan dan pembelian parang dalam kes ini adalah haram. Kerana wasilah mengambil hukum maqasid.Begitulah demonstrasi.
Jika motif demonstrasi adalah perkara maksiat maka turun padang berdemo pun satu maksiat. Contohnya, jika ada pihak menganjurkan demonstarsi mendesak supaya Kerajaan membenarkan orang Islam murtad, hukum menyertainya haram. Kerana objektif yang haram menatijahkan wasilah yang haram.Jika objektif demonstrasi diharuskan syarak atau digalakkan syarak, contohnya berdemo membantah kumpulan yang menghina Islam, maka hukum berdemo dalam situasi ini perlu dilihat aspek kedua, iaitu:Apakah Demonstrasi Mengandungi Unsur Haram?
Jika penganjuran demonstrasi disertai unsur-unsur maksiat, maka haram menyertainya. Ataupun, jika aktiviti demonstrasi pasti akan membuka ruang kepada berlaku maksiat, maka haram menyertai demonstrasi seperti ini.Sebaliknya, jika demonstrasi dilakukan dengan menjaga tata-tertib syariat, dan menunaikan hak-hak yang ditetapkan Islam ketika berada di jalanan, maka hukumnya kembali kepada hukum asal wasilah iaitu harus.
KesimpulanTidak salah menyertai demonstrasi, JIKA:
1) Objektif yang hendak dicapai melalui demonstrasi tidak bercanggah dengan syrariat.
2) Pengajur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:- Tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.- Menjawab salam apabila disapa.- Menyuruh kebaikan.- Mencegah kemungkaran.
3) Tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti:- Percampuran bebas lelaki dan perempuan.- Perempuan keluar dengan pakaian yang tidak syar’ie.- Mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut.- Menyerupai orang Musyrikin contohnya dari sudut pakaian.- Merosakkan harta benda awam dan orang lain
.4) Demonstrasi tidak menyebabkan berlaku mudarat yang lebih besar. Kerana Islam menutup pintu-pintu kemudaratan.
Sekian.Abu Umair,16 Syaaban 1430.Madinah Munawwarah.

Monday, August 10, 2009
Bisikan Cinta Ramadhan
Bisikan Cinta Ramadhan
Bisikan 1
Pujilah Allah dan bersyukurlah kepadaNya sebanyak-banyaknya kerana menyampaikan kita kepada Ramadhan sekali lagi.Berapa ramai orang yang bersama dengan kita pada bulan Ramadhan tahun lalu, kini telah pergi mengadap Ilahi.Maka pujilah Allah sebanyak-banyaknya. Bersyukurlah di atas peluang yang masih terbentang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, menambah pahala dengan melakukan kebaikan di bulan yang mulia penuh barakah ini.
Bisikan 2
Jadikan Ramadhan sebagai landasan untuk meluncurkan azam dan melancarkan misi meninggalkan maksiat secara besar-besaran.Katakan:selamat tinggal kepada maksiat! Selamat tinggal kepada perangai jahat!Hamburkan ucapan itu di wajah syaitan terlaknat!Pergi engkau!Pergi dari sisiku segala yang menjauhkan aku dari Tuhanku!Bergembiralah menyambut janji Allah, taufiq dan hidayahNya. Dia pasti akan memimpinmu ke jalan yang diridhaiNya.
Bisikan 3
Ramadhan adalah bulan al-Quran. Galilah makna-maknanya, fahamilah ayat-ayatnya, nikmatilah kelazatan membacanya!Peruntukkanlah masa tertentu setiap hari untuk mendampinginya dengan membaca, memahami dan menghayati. Carilah kitab tafsir yang mudah difahami. Ia akan membantu memudahkan kita memahami kalam suci Allah Rabbul 'Izzati.
Bisikan 4
Jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang pada siang hari tidur dan menganggur, malam berjaga membuat maksiat dan mungkar.Sebaliknya penuhi waktu siang dengan zikir dan tilawah, waktu malam dengan solat dan ibadah.
Bisikan 5
Banyakkanlah infaq di bulan Ramadhan khususnya mereka yang dianugerahi rezeki yang berlebihan.Beramai orang miskin dan kelaparan menanti ihsan dan belas kasihan kita. Bahagiakan hati kita dengan melihat mereka bahagian menerima pemberian dari kita.
Bisikan 6
Jangan berbuka puasa dengan perkara yang dilarang seperti menghisap rokok, menonton adegan lucah, cerita-cerita yang mempersendakan ajaran Islam, menghina kitab Allah serta rasulNya. Atau menghabiskan masa dengan mendengar musik dan lagu-lagu yang mengasyikkan dan tidak mengajak kepada kebaikan.
Bisikan 7
Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi waktu sedang berpuasa. Nabi s.a.w. telah mengkhabarkan kita bahawa doa orang yang berpuasa itu tidak akan ditolak. Maka berdoalah untuk diri sendiri, keluarga, saudara-saudara seagama yang berselerak di seluruh pelusuk muka bumi ini. Doakan dengan penuh keikhlasan agar Dia membantu perjuangan kita menegakkan agama dan mendaulatkan syari’ah.
Bisikan 8
Bagi yang berkemampuan, kunjungilah Baitillah, tunailah umrah dan ziarahilah masjid Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya satu umrah di bulan Ramadhan menyamai satu kali haji bersama Nabi s.a.w.
Bisikan 9
Ketahuilah bahawa setiap malam di bulan Ramadhan Allah s.w.t. membebaskan sebilangan hambaNya dari api neraka. Iaitu hamba-hambaNya yang telah menyempurnakan puasa, mendirikan solat di waktu malam, membanyakkan amal kebaikan. Jangan lupakan peluang ini. Rebutlah anugerah agung ini dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga diri kita termasuk dalam golongan hamba yang terpilih, bebas dari api neraka.
Bisikan 10
Hadiri majlis ilmu dan majlis zikir. Sesungguhnya itulah tempat kunjungan orang-orang yang beriman, tempat singgah orang-orang yang soleh. Allah s.w.t. berbangga menyebut nama-nama hamba-hambaNya yang berada di dalam majlis zikir di hadapan para malaikat yang berada di alam tinggi. Apabila kita bangun untuk beredar dari majlis zikir, kita bangun dalam keadaan dosa-dosa kita telah diampunkan. Alangkah bertuahnya. Maka jangan beralasan untuk hadir ke majlis zikir.Semoga Allah memberkati kita, mengampuni dosa-dosa kita, mengikhlaskan hati-hati kita dan menerima amalan kita. Amin
http://zaadut- taqwa.blogspot. com/

Ikhlas atau sebaliknya
Salam,
Dunia adalah ladang ke akhirat. Dunia tempat manusia diuji siapa yang terbaik amalannya. Semoga ladang kita bersih daripada lalang-lalang panjang yang tumbuh meliar yang merupakan ego kita yang sekiranya tidak dipotong selalu maka menutup pandangan hati kita yang tulus. Lalang yang tebal mengundang kehadiran binatang yang buas. Tidak kira siapa kita. Apalagi bila selalu berdepan dengan manusia yang lain. Beruntungnya kalau menjadi manusia yang sentiasa bermanfaat kepada manusia yang lain, namun muflis kita sekiranya segala kebaikan kita dipadamkan oleh maksiat dan ego kita kepada manusia yang lain.
Pernah mendengar tazkirah al-akh Ustaz Dr Asri, bekas mufti Perlis di dalam kolum beliau yang menyatakan :
Orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan syurga. Namun kita tidak tahu niatnya : ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya : bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Dimana kesemua itu faktor yang mengheret seseorang ke neraka. Mungkin ada juga dosa dan kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.
Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada sahabat baginda : "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Jawab mereka: Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta. Sabda baginda s.a.w.: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga pernah dia memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dia ke dalam neraka. (Riwayat Muslim).
Mohonlah keampunan Allah atas segala dosa kerana setiap anak Adam membuat kesalahan, mohon ampun kesalahan kita dengan manusia ketika kita masih hidup dan maafkan kesalahan apalagi di kalangan mukmin yang merendah diri. Mari kita ke masjid untuk solat Zuhur.
Dipetik daripada tulisan Akhi Fakhrul

Sunday, August 9, 2009
Bumi dah tak muat
Apa yang saya nak tulis kat bawah ni ada terdapat dalam buku Strategi Musuh Menentang Islam tulisan Dr Sa'Addudin Al Sayyid Salih .
Masa cuti yang lepas Alhamdulillah diberi kesempatan untuk baca buku yang saya sebutkan di atas.Yang menarik perhatian saya ialah adalah satu tajuk yang dikupas dalam buku ni bab 11 yang bertajuk menyekat bantuan kemanusiaan ke dunia Islam.Semasa semester yang lepas saya telah mempelajari satu subjek yang dinamakan sebagai Earth and Environment.Dalam subjek ini dikemukakan satu permasalahan iaitu bilangan penduduk bumi semakin bertambah dan dunia akan mengalami pelbagai masalah seperti kekurangan bahan makanan.Kami para pelajar dipecahkan kepada beberapa group dan masing-masing mencadangkan idea terbaik untuk menghadapi masalah tersebut.Ada yang mencadangkan supaya menghadkan bilangan anak.Dalam buku yang saya sebutkan di atas ada dibincangkan mengenai pendirian Islam terhadap pembatasan kelahiran.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang diutarakan oleh penulis buku ini.
Di bawah ini saya nyatakan mengenai resolusi yang dikeluarkan oleh muktamar Islam yang dihadiri oleh ulamak-ulamak terpilih dari seluruh dunia.
1.Resolusi Muktamar Akademi Penyelidikan Islam yang berlangsung pada tahun 1965 di Mesir yang dihadiri oleh lebih 200 alim ulamak sepakat memutuskan:
a)Islam menggalakkan umatnya menambahkan kelahiran
b)Jika terdapat kepentingan tertentu untuk melakukan pembatasan kelahiran pasangan tersebut dibenarkan melakukan pembatasan kelahiran dangan syarat-syarat tertentu.
c)tidak sah dari sudut syarak menggubal undang-undang yang memaksa orang ramai membataskan kelahiran dengan apa bentuk sekalipun.
d)menggugurkan kandungan dengan tujuan membataskan kelahiran atau menggunakan cara-cara yang boleh membawa kepada mandul untuk membataskan kelahiran adalah suatu perkara yang tidak diharuskan syarak.
Idea pembatasan kelahiran sebenarnya bertentangan dengan akidah Islam.Ini kerana falsafah yang mengatakan bumi sudah semakin sempit, sumber kehidupan terbatas sedangkan pertambahan manusia tidak terbatas. Ini boleh membawa kepada kesukaran hidup di bumi.
Ini bermakna kita telah mengkritik zat Allah SWT,seolah -olah kita lebih mengetahui tentang alam ini berbanding Allah SWT.Justeru kita membuat perancangan bagi menyelamatkan alam dari kerosakan.Ini jelas bertentangan dengan nas Al-Quran.
"Dan tidaklah kami sekali -kali lalai dari makhluk"(Al-Mukminun:17)
"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu dengan kadarnya"(Al-Qamar:39)
"Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu ,dan Dia menetapkan ukuran -ukurannya dengan serapi-rapinya"(A-Furqan:7)
Dengan menggunakan dalil-dalil dia atas jelas kepada kita umat Islam bahawasanya idea pembatasan kelahiran adalah bertentangan dengan Islam.Sebenarnya idea ini telah dikeluarkan oleh golongan barat untuk menghapuskan salah satu kekuatan yang ada pada Islam iaitu kekuatan bilangan manusia yang ramai.Jom gagalkan usaha barat dengan meramaikan umat Islam yang akan menjadi pewaris kepada Islam.

Friday, August 7, 2009
Dakwah
Surah Ali Imran ayat 104
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang yang beruntung.
Surah Ali Imran ayat 110
Kamu umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.
Wednesday, August 5, 2009
Malik Bin Dinar
Malik Bin Dinar.Dulunya merupakan seorang yang bergelumang dengan maksiat.Suka minum arak sehinggakan anak perempuannya yang berumur 2 tahun diminta berkhidmat sebagai penuang arak untuknya.Namun,takdir Allah anaknya meninggal.Dia menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan kehilangan anak yang disayanginya.Suatu hari dia bermimpi dikejar oleh seekor ular yang amat menakutkan. Dia berlari-lari dan berjumpa dengan seorang lelaki tua berpakaian putih yang tidak bermaya.Dia meminta pertolongan daripada lelaki itu.Namun hampa kerana lelaki tersebut sangat lemah dan tidak mampu membantunya.Dia berlari-lari lagi sehingga bertemu dengan neraka.Namun,malaikat yang menjaga neraka tersebut menghalaunya ke tempat lain.Dia terus berlari-lari dan sekali lagi bertemu dengan lelaki tersebut.Sekali lagi dia meminta pertolongan lelaki tersebut.Namun seperti pertama kalinya dia hampa kerana lelaki tersebut tidak mampu menolongnya.Namun kali ini lelaki tersebut mengesyorkan supaya beliau pergi kepada sekumpulan manusia beriman.Mungkin ada orang yang boleh membantunya di sana.Apabila sampai di tempat tersebut dia terpandang anak yang dikasihinya.Anaknya menarik tangannya dan menghalau ular yang mengejarnya.Beliau tersedar daripada mimpi.Beliau berfikir mengenai mimpinya dan insaf atas segala kesilapan yang dia lakukan.Beliau bertaubat sehingga akhirnya termasuk dalam golongan orang yang dikasihi Allah.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
- mohonlah supaya kita dimatikan dalam keadaan beriman
- bertaubatlah sebelum tibanya ajal kita
- Allah pasti menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh
- jangan kamu bangga dengan amal ibadat yang kamu lakukan
- Ikhlaskan niat dalam beribadat
- jangan kamu menghina ahli maksiat sebaliknya nasihatilah mereka
Subscribe to:
Comments (Atom)