Malik Bin Dinar.Dulunya merupakan seorang yang bergelumang dengan maksiat.Suka minum arak sehinggakan anak perempuannya yang berumur 2 tahun diminta berkhidmat sebagai penuang arak untuknya.Namun,takdir Allah anaknya meninggal.Dia menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan kehilangan anak yang disayanginya.Suatu hari dia bermimpi dikejar oleh seekor ular yang amat menakutkan. Dia berlari-lari dan berjumpa dengan seorang lelaki tua berpakaian putih yang tidak bermaya.Dia meminta pertolongan daripada lelaki itu.Namun hampa kerana lelaki tersebut sangat lemah dan tidak mampu membantunya.Dia berlari-lari lagi sehingga bertemu dengan neraka.Namun,malaikat yang menjaga neraka tersebut menghalaunya ke tempat lain.Dia terus berlari-lari dan sekali lagi bertemu dengan lelaki tersebut.Sekali lagi dia meminta pertolongan lelaki tersebut.Namun seperti pertama kalinya dia hampa kerana lelaki tersebut tidak mampu menolongnya.Namun kali ini lelaki tersebut mengesyorkan supaya beliau pergi kepada sekumpulan manusia beriman.Mungkin ada orang yang boleh membantunya di sana.Apabila sampai di tempat tersebut dia terpandang anak yang dikasihinya.Anaknya menarik tangannya dan menghalau ular yang mengejarnya.Beliau tersedar daripada mimpi.Beliau berfikir mengenai mimpinya dan insaf atas segala kesilapan yang dia lakukan.Beliau bertaubat sehingga akhirnya termasuk dalam golongan orang yang dikasihi Allah.
PENGAJARAN- mohonlah supaya kita dimatikan dalam keadaan beriman
- bertaubatlah sebelum tibanya ajal kita
- Allah pasti menerima taubat hambaNya yang bersungguh-sungguh
- jangan kamu bangga dengan amal ibadat yang kamu lakukan
- Ikhlaskan niat dalam beribadat
- jangan kamu menghina ahli maksiat sebaliknya nasihatilah mereka
No comments:
Post a Comment