Apa yang saya nak tulis kat bawah ni ada terdapat dalam buku Strategi Musuh Menentang Islam tulisan Dr Sa'Addudin Al Sayyid Salih .
Masa cuti yang lepas Alhamdulillah diberi kesempatan untuk baca buku yang saya sebutkan di atas.Yang menarik perhatian saya ialah adalah satu tajuk yang dikupas dalam buku ni bab 11 yang bertajuk menyekat bantuan kemanusiaan ke dunia Islam.Semasa semester yang lepas saya telah mempelajari satu subjek yang dinamakan sebagai Earth and Environment.Dalam subjek ini dikemukakan satu permasalahan iaitu bilangan penduduk bumi semakin bertambah dan dunia akan mengalami pelbagai masalah seperti kekurangan bahan makanan.Kami para pelajar dipecahkan kepada beberapa group dan masing-masing mencadangkan idea terbaik untuk menghadapi masalah tersebut.Ada yang mencadangkan supaya menghadkan bilangan anak.Dalam buku yang saya sebutkan di atas ada dibincangkan mengenai pendirian Islam terhadap pembatasan kelahiran.Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang diutarakan oleh penulis buku ini.
Di bawah ini saya nyatakan mengenai resolusi yang dikeluarkan oleh muktamar Islam yang dihadiri oleh ulamak-ulamak terpilih dari seluruh dunia.
1.Resolusi Muktamar Akademi Penyelidikan Islam yang berlangsung pada tahun 1965 di Mesir yang dihadiri oleh lebih 200 alim ulamak sepakat memutuskan:
a)Islam menggalakkan umatnya menambahkan kelahiran
b)Jika terdapat kepentingan tertentu untuk melakukan pembatasan kelahiran pasangan tersebut dibenarkan melakukan pembatasan kelahiran dangan syarat-syarat tertentu.
c)tidak sah dari sudut syarak menggubal undang-undang yang memaksa orang ramai membataskan kelahiran dengan apa bentuk sekalipun.
d)menggugurkan kandungan dengan tujuan membataskan kelahiran atau menggunakan cara-cara yang boleh membawa kepada mandul untuk membataskan kelahiran adalah suatu perkara yang tidak diharuskan syarak.
Idea pembatasan kelahiran sebenarnya bertentangan dengan akidah Islam.Ini kerana falsafah yang mengatakan bumi sudah semakin sempit, sumber kehidupan terbatas sedangkan pertambahan manusia tidak terbatas. Ini boleh membawa kepada kesukaran hidup di bumi.
Ini bermakna kita telah mengkritik zat Allah SWT,seolah -olah kita lebih mengetahui tentang alam ini berbanding Allah SWT.Justeru kita membuat perancangan bagi menyelamatkan alam dari kerosakan.Ini jelas bertentangan dengan nas Al-Quran.
"Dan tidaklah kami sekali -kali lalai dari makhluk"(Al-Mukminun:17)
"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu dengan kadarnya"(Al-Qamar:39)
"Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu ,dan Dia menetapkan ukuran -ukurannya dengan serapi-rapinya"(A-Furqan:7)
Dengan menggunakan dalil-dalil dia atas jelas kepada kita umat Islam bahawasanya idea pembatasan kelahiran adalah bertentangan dengan Islam.Sebenarnya idea ini telah dikeluarkan oleh golongan barat untuk menghapuskan salah satu kekuatan yang ada pada Islam iaitu kekuatan bilangan manusia yang ramai.Jom gagalkan usaha barat dengan meramaikan umat Islam yang akan menjadi pewaris kepada Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment